UCAPAN MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH YANG KEEMPAT BELAS
7-13 NOVEMBER 2014

OLEH:

YB LIEW CHIN JIN @ CHRISTINA LIEW AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH
N.15 API-API

TAJUK: ISU BANJIR KILAT


Full Text

Tuan Speaker,

Saya merujuk kepada peruntukkan (RM. ) kepada DBKK untuk 2015. For the repair and maintence of drains.
If Compare this amount (…..) with the previous years, pada tahun 2012, kerajaan negeri memperuntukan RM2.5 juta, pada 2013, RM2.14 juta, pada 2014, RM1.3 juta kepada dbkk. Peruntukkan ini adalah untuk menbina dan memperbaiki parit parit dan sebagainya under jurisdiction of dbkk. Ini adalah jelas tidak mencukupi memandangkan salah satu penyebab utama banjir kilat adalah kekurangan dari segi pembinaan parit yang tersumbat atau runtuh di kawasan-kawasan berkenaan.

Tuan speaker,

Setiap kali apabila hujan lebat turun melebihi dua jam, banjir kilat akan berlaku dan membanjiri jalanraya dan kawasan perumahan di Bandaraya Kota Kinabalu termasuk kawasan-kawasan sekitarnya seperti Penampang, Inanam dan Putatan. Keadaan akan bertambah buruk jika berlakunya arus pasang. Ini jelas kelihatan dalam banjir besar yang berlaku pada 7hb Oktober, 2014 dengan Daerah Penampang paling terjejas, di mana ramai penduduk terpaksa meninggalkan rumah kediaman mereka yang ditengelami air, manakala kedai kedai di Pekan Donggongon termasuk pusat membeli belah Megalong Mall terpaksa ditutup.

Keadaan ini telah mengakibatkan kesusahan dan kerugian yang amat besar kepada orang awam dan pembayar cukai. Walaupun masalah banjir ini adalah berpunca dari cuaca buruk, masalah ini sepatutnya boleh diatasi atau impaknya dikurangkan. Pihak berkuasa tempatan yang berkenaan seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Daerah Penampang, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Parit dan Saliran (JPS) haruslah bertanggungjawab bersama untuk menebat banjir demi mengurangkan kesan banjir.

Tuan Speaker,

Selepas banjir kilat pada tahun 2011, kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa pencegahan banjir untuk mengkaji dan mencadangkan pelan penebatan banjir yang merangkumi kawasan Kota Kinabalu, penampang dan putatan. Malang sekali, tiga tahun selepas penubuhan jawatankuasa tersebut, kita telah mengalami satu lagi banjir besar pada 7 Oktober 2014, malah lebih teruk dari banjir pada tahun 2011.

Tuan Speaker,

Saya mengalu-alukan pengumuman yang mengatakan Kerajaan telah melantik sebuah syarikat pakar perunding untuk mengkaji masalah banjir serta mengemukakan satu pelan induk untuk menebat banjir. Malang sekali, pakar perunding tersebut mengatakan bahawa beliau memerlukan masa dua tahun untuk menyiapkan kajian serta rekomendasi. Ini bermakna kita terpaksa menunggu dua tahun lagi dan hidup dalam kebimbangan akan banjir kilat setiap kali bila berlakunya hujan lebat.

Tuan Speaker,

Sementara kita menunggu rekomendasi dari pihak pakar perunding, saya menyeru supaya Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada rancangan pendek untuk tebatan banjir. Dengan izin, short term flood mitigation. Ini adalah wajar kerana para penduduk di kawasan Kota Kinabalu, Inanam, Penampang dan Putatan tidak sanggup lagi menghadapi penderitaan yang dibawa oleh banjir. Kerajaan haruslah memberi peruntukan kewangan yang mencukupi kepada jabatan dan agensi kerajaan yang berkenaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, untuk pengurusan banjir kilat yang berkesan, apabila berlakunya hujan lebat.

Tuan Speaker,

Untuk mencegah berulangnya banjir besar seperti apa yang berlaku pada 7 Oktober 2014, PBT haruslah membina parit dan saliran dengan kerap, selain daripada menambah-baik parit-parit yang tidak lagi dapat menampung keperluan. Ini semua memerlukan peruntukan yang mencukupi dari Kerajaan Negeri. Maka, Kerajaan Negeri haruslah lebih berhemah dengan pengunaan sumber yang ada yang disumbangkan oleh pembayar cukai.

Contohnya:

Tiang-tiang lampu di sepanjang jalan raya seperti Jalan Lintas dan Jalan Bundusan adalah dipasang dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, tetapi bil elektrik setiap bulan adalah ditanggung oleh DBKK. Ini adalah tidak berpatutan. DBKK tidak harus dibebankan dengan bil elektrik untuk projek-projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.

Ini adalah memandangkan para pemilik kereta di Sabah membayar cukai jalan kepada Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) yang di bawah naungan Kerajaan Persekutuan. Maka, JPJ seharusnya dipertanggungjawabkan untuk membiayai penyelenggaraan tiang-tiang lampu jalanan dengan hasil dari cukai jalanraya yang dipunggut dari para pemilik kereta di Sabah. PBT di Sabah seperti DBKK Cuma harus membiayai bil elektrik bagi lampu-lampu jalanan di bawah bidang kuasa mereka.

***